Saturday, 23 June 2012

Bangunan Baru Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak , WaWasan 2020


Assamualaikum =)

ini adalah gambar seluruh banggunan dari bawah (snap picture) Sekolah kebangsaan merbau sempak . ini adalah bangunan baru SKMS .. 4 tingkat sama seperti banggunan lama SKMS .. murid-murid darjah 6 dan bilik muzik , pejabat guru darjah 6 , bilik seni dan lain-lain ditempatkan di banggunan baru sepertimana banggunan lama yang menempatkan murid-2 darjah 1.2.3.4.5 dan bilik guru , pejabat lama , perpustakaan baru dan lainlain ... Sekian , terima kasih :-)

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Ini

Pusat sumber Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak =)



Assamualaikum kepada pembaca sekalian :) Salam sejahtera kpd yg bukan Islam ...

Ini adalah gambar pusat sumber atau lebih dikenal PSS SKMS .. Semua ini masih baru .. Sebab itulah almari buku masih berbalut , kelihatan seperti majalah tidak teratur kerana murid-murid terlalu gembira untuk membaca sehingga majalah lupa untuk disusun .. HAHA .. begitulah keadaan PSS SKMS sekarang .. tetapi , sekarang sudah dipindahkan ke tempat lain ... di tingkat 2 bangunan lama ... disitu lah tempat baru PSS SKMS .. mempunyai air-cond dan rak-rak buku yang banyak untuk menambahkan ilmu disitu . Selamat Datang Ke PSS SKMS .. Sekian , terima kasih =)
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Ini

Skms Pictures


Assamualaikum :) 
Ini adalah gambar pintu 2 dan pintu 3 Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak .. Jika anda pernah lalu didepan pintu ini , bermakna anda telah menjejakkan kaki kedepan sekolah kami .. Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak Wawasan 2020 =) Sekian , terima kasih !


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Ini

Friday, 22 June 2012

10 YEARS OF METH USE :)


Assamualaikum kepada pembaca :)

INI ADALAH MUKA MUKA ORANG SELEPAS MENGAMBIL DADAH ... SISTEM OTAK DAN SEL BADAN MULA BERUBAH APABILA MENGAMBIL DADAH ... OLEH ITU,JANGAN BERANIKAN DIRI UNTUK MENGAMBIL DADAH YANG DURJANA INI..DADAH DURJANA WAJIB DIHINDARINYA,AMAN SEJAHTERA TIADA KEHANCURAN !!! SEKIAN , TERIMA KASIH :)

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Ini

Jenis Dadah Durjana !!



Jenis-jenis dadah dan pil khayal .. 


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Ini

Dadah Durjana :/


Assamualaikum :)

Dadah Dan Ciri-cirinya

"Dadah" ialah bahan kimia psikoaktif yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut:-

1. mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem saraf pusat (otak dan saraf tunjang);

2. digunakan bukan untuk tujuan perubatan dan penggunaannya adalah dilarang;

3. diperlehi secara haram;

4. membawa kepada pergantungan fizikal dan psikologikal dan meningkatkan daya tahan terhadap dadah;

5. mendatangkan kesan-kesan buruk/bahaya ke atas kesihatan dan fungsi sosial.

Jeni-jenis Dadah

Dadah boleh dibahagikan kepada beberapa jenis seperti berikut:-

a) Opiat - heroin, morfin, candu dan kodein;

b)Kanabis - ganja, hashish;

c)Depresen - sedatif-hipnotik jenis barbiturat dan bukan barbiturat serta tranquilizer;

d)Stimulan - jenis amfetamin dan kokain; dan

e)Halusinogen - lysegic acid diethylamide (LSD), meskalin, psilosibin.

Takrif dadah tidak meliputi bahan-bahan pelarut (gam dan petrol), alkohol dan tembakau walaupun bahan-bahan ini mempunyai banyak persamaan dengan dadah dari sgi kesannya.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Ini

Elakkan Menjadi Samseng !!



Assamualaikum Semua yang sedang membaca =)





SEJAK kebelakangan ini, masyarakat didedahkan dengan pelbagai perbuatan jenayah dan salah laku pelajar. Perlakuan jenayah pelajar berbentuk perbuatan mencuri, merosakkan harta benda sekolah, bergaduh, membuli, mencederakan murid lain, memeras ugut wang malah ada yang berani hingga mengancam para guru.
Penglibatan murid sekolah dalam kegiatan salah laku disiplin merupakan perbuatan yang perlu dilihat secara serius oleh semua pihak khususnya pengurusan sekolah. Gejala tersebut boleh memberikan impak yang negatif terhadap pengurusan sekolah sekiranya tidak ditangani secara segera dan berkesan di peringkat awal.
Menurut Polis Bukit Aman pada tahun 2010 jumlah pelajar yang terlibat dalam jenayah adalah sebanyak 1,610 iaitu 0.9 peratus daripada jumlah indeks jenayah yang dicatatkan di negara ini.
Statistik salah laku disiplin murid yang direkodkan oleh Kementerian Pelajaran dalam tempoh tiga tahun (2008 hingga 2010) pula menunjukkan ia berada pada kadar purata 2.06 peratus.
Kes-kes disiplin yang disebutkan termasuklah kes-kes yang berat seperti memukul, bergaduh, ponteng sekolah serta kes-kes disiplin yang ringan seperti kekemasan diri. Ini menunjukkan lebih daripada 97 peratus murid sebenarnya tidak terlibat dengan masalah tersebut. Bermakna sekitar 2 hingga 3 peratus bilangan murid yang masih perlu diberi perhatian sewajarnya.
Dalam tempoh 2010, seramai 111,484 (2.06 peratus) murid telah terlibat dalam salah laku disiplin. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 72,557 (65.08 peratus) adalah murid sekolah menengah dan sebanyak 38,927 (34.92 peratus) adalah murid sekolah rendah.
Dalam tempoh tersebut, didapati jumlah murid rendah yang terlibat dengan kes ponteng sekolah adalah sebanyak 8,313 (0.15 peratus) berbanding murid menengah sebanyak 11,232 (0.21 peratus). Manakala bagi kategori tidak pentingkan masa dan kurang sopan didapati ramai melibatkan murid menengah.
Isu ponteng sekolah masih merupakan isu utama yang perlu diberi perhatian kerana masalah itu boleh menyebabkan mereka terlibat dengan gejala-gejala negatif yang lain seperti dadah, gengsterisme, minum arak, seks bebas, buli, perjudian atau lain-lain.
Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kemunculan gejala negatif semakin serius melanda golongan pelajar. Faktor pertama keruntuhan institusi kekeluargaan untuk memainkan peranannya sebagai institusi pembentukan insan yang positif dan produktif.
Faktor kedua ialah kemerosotan moral dan akhlak yang berleluasa akibat kesan arus pembangunan negara dan era teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Faktor ketiga ialah masalah tekanan ekonomi dan sosio budaya yang mengakibatkan krisis dalam keluarga yang mempengaruhi remaja sekolah. Akhir ialah pengaruh negatif rakan sebaya.
Memandangkan kes-kes salah laku dan kadar jenayah di kalangan remaja masa kini meningkat, penubuhan Kelab Pencegahan Jenayah di sekolah-sekolah difikirkan perlu bagi memberi kesedaran pencegahan jenayah di peringkat awal di kalangan pelajar sekolah.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Ini

All Copyright From PRS SKMS . Hak milik SKMS